Sedih dan gembira…aku pasrah..
August 28, 2008
Masa aku tengah buat kerja dalam pukul 10.30am pagi tadi aku terima panggilan dari Ain mengatakan dia tumpah darah.Aku macam panik sekejap,start motor kapcai aku terus balik sampai tak bagitau boss.Dengan kelamkabutnya aku segera pulang,dalam perjalanan aku berishtifar moga Ain tak jadi apa apa.Dia mmg hamil dah masuk 3 bulan tp aku tak pernah expect benda macam nih berlaku,pasal kandungan yang lepas2 tada pulak macam gini.
Sampai jek umah aku terus bawak dia pegi clinic.Bila doctor scan doctor bagitau tahniah aku dapat anak kembar TAPI salah seorang keguguran.Bila aku terdengar,jatuh luluh jantung aku nih.Sesal,hiba,duka.terkilan semua ada…pasal aku sedari awal memang aku tak scan.Dan aku tak expect langsung yang dalam kandungan tuh kembar.Kalau aku tahu dari awal tada la aku suh Ain buat keja umah berat-berat.Namun itu ketentuanNya.Aku redha…pendek kat aku bersyukur masih ada sorang lagi dalam kandungan tu.Sesungguhnya setiap perkara tuh ada hikmahnya,mungkin aku tak nampak sekarang..
Aku bersedih kerana terkilan kan anak kembar,aku gembira kerana masih ada tinggal kandungan….
Takziah nazri… pasrah dah redha… perlu bershukur kerana masih ada sorang lagi dalam tu. Ada hikmahnya tu dalam setiap kejadian yang Allah jadikan.
Zaini, takziah dari aku.
Cemana aku boleh panggil ko zaini pulak..
Thanks Udey,Azral,Asraf,aku terima kententuanNya.Peluang nih aku rasa 1 dalam 1000.Tapi takpe la,nanti bikin “baru”..hehe(kasi happy diri sendiri).
Asraf,Zaini nama kawan kg aku ada gak..hehe..thanks again kenkawan..
Takziah
thanks fly..aku tak boleh imagine berapa cutenya anak kembar bro…malam tadi aku tido tak lena,tangan atas dahi..huhuh..
Nazri Nazray – Selamat beribadah di bulan Ramadhan.
Thanks Asraf..
semua tuh ujian…
thanks moqh kerana jengok blog yg tak seberapa nih..hehe and thanks for your comment lah..
Twitt Twitt


August 28th, 2008
6:13 pm
Takziah Nazri.. nak wat mcm mana x de rezeki.. tapi tulaaa