Archive for September, 2008

F40 crashed!!

September 25, 2008

Tengah aku dok mengemas ngemas kat opis aku-menunggu saat saat hari terakhir aku kat opis nih…,last2 aku terjumpa la gambar2 kenangan yang aku memang tak boleh lupa sampai akhir hayat aku.Ada pepatah berbunyi…”tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain”…ini bukan jatuh lagi dah…ini aku bertarung separuh nyawa aku.Kejadian berlaku kat Federal Highway pada 5hb April 2001,lebih kurang jam 4.15pm..
Aku jumpa gambar nih dan terus gi scan…
Korang bayangkan..pada kelajuan 185km/h pada gear ketika itu pada posisi 3rd gear,hujan renyai2,jalan basah…keta tuh berpusing ntah beberapa kali hingga terlanggar pokok kelapa sawit ..kalau korang dari KL heading to Subang Airport , pokok tu yang ke-9.Ingat ye…kalau korang lalu kat situ pokok yang ke 9..pokok tuh skg dah memang takde ler..hehehe..
Sebenarnya,bukan aku yang bawak keta tuh…aku cuma penumpang disebelah kanan(keta tuh LHD).Driver/tester aku masa tuh supervisor aku Sharill yang sekarang ntah kemana menghilang.Dia patah 3 tulang rusuk dan patah tengkuk.Aku?aku bersyukur kepada Allah kerana selamat..cuma bila impact kuat ketika itu aku terus pengsan.Bila aku sedar jek aku dah ada kat SJMC yang terletak beberapa kilometer jek dari tempat kejadian.Pengsan dah macam tidur..lena best jek,bila aku bangun/sedar…Sharill disebelah katil aku mengerang kesakitan…sian aku tengok dia,badan dah la semangat!Bila aku tersedar,aku cek badan aku sendiri..alhamdullilah tada apa…cuma luka didahi akibat terhantuk pada winscreen.Dan aku berterima kasih pada 3 point SABELT aku…bila aku bukak baju memang ade kesan lebam hasil dari “cengkaman” belt tuh…korang bayangkan kalau aku tak pakai belt…mau tercampak aku kat atas jalan…peh..tak boleh nak bayang beb…
Lepas kejadian tuh,aku dah macam fobia nak bawak keta laju laju..aku dah set dalam kepala aku nih,test keta tak semestinya kena laju(unless aku F1 test driver…macam Luca Badour tuh…) ..bawak pelahan pun ok gak per…hehe..
Dengan kejadiaan tersebut…Ferrari F40 dianggap pupus di tanah malaya nih..heheh..itu jek one and only unit kat Mesia..Sad but true…


Credit to Aidi Rosli,my ex-admin manager…dia la tangkap gambar semua nih pakai Nikon F50 compony punya…..masa ni,aku dah kena usung oleh orangramai ke SJMC ..

pokok nih boleh tumbang…hehe..aku senyum sendiri bila kenangkan…

Theory vs technical…rear wide tyre tak semestinya bagus in wet road condition..pics tells everything..

Gambar atas:tengok bentuk bulat sebelah driver side tuh….tuh kesan pokok kelapa sawit tuh..

Stering kat atas tuh bengkok kebawah,punya la kuat tangan mamat tuh pegang..mungkin masa tgh eksiden tuh dia pegang kuat giler stering wheel tuh

Dah jadi macam gini,kereta yang mahal dah jadi takde nilai..huhu

disebabkan hampir 90% body diperbuat dari carbon fibre..kereta nih dianggap total!

Click to continue reading “F40 crashed!!”

Hijrah

September 16, 2008


Hari nih aku dah buat keputusan yang betul betul berat dalam hidup aku nih.Walaupun berat,tapi aku mesti berani mengorak langkah kedepan.Walaupun kat tempat kerja aku aku yang paling senior-dah lebih 11 tahun berkhidmat tapi aku mesti berhijrah.AKu sayangkan tempat kerja aku nih,tak stress,freedom tada politic…tapi apakan daya…

Bulan November,selepas trip aku ke Dublin Oct nih aku akan mula kerja di tempat baru tuh..moga  trip aku kelak akan ada rasa relax skit..ye lah,aku bagi surat resign tuh pun hati aku 50-50…huhuh…

Terlampau banyak kenangan sepanjang lebih 11 tahun aku kat sini.Accident dan total lostkan F40,repair keta-engine terbakar,bawak keta paling laju kat atas bumi nih-Enzo la,kena maki dgn costumers dan macam macam lagi..Aku berterimakasih pada company aku nih,aku rasa aku paling bertuah dapat kerja,pandu,pegang,repair,duduk dan langgar keta yang paling berprestij …. yang aku rasa orang/mekanik lain tak dapat peluang yang cam gini.Next,keja aku pun masih dalam automotive line tapi berbeza marque..
Grazie Ferrari!

Click to continue reading “Hijrah”

D3 ISO test shot!

September 9, 2008

Salam semua.Aku sepatutnya di malam malam bulan yang mulia nih membanyakkan baca Quran..tapi aku lain pulak ceritanya.Macamana boleh terpikir pulak buat test shot ISO..hehe..dah lama aku pakai D3 nih tapi serius cakap aku tak pernah “bermain” dgn ISO nya.paling tinggi aku pernah pergi sehingga ISO320 jek..Then,malam nih aku terbaca ada satu articles mengenai kehebatan D3 nyer ISO, aku pun terpanggil untuk men cuba-test-uji keberkesanannya.Amat mengejutkan jugak keputusannya…eh ape lagi..meh kita saksikan magik nya D3 ..hehehe..

dan perabeh ISO..aku belasah ISO6400.Nampak jauh macam OK,tapi kaler dah macam sengal2 skit..takpe aku cropkan so kita boleh nampak detail..

Untuk keputusan lebih real,pada tahap ISO6400 tadi tu…aku crop  ke anak mata teddy bear tuh sehingga 100%…aku rasa tahap “kenoise an” tuh masih boleh diterima la…ISO6400 tuu….


Kesimpulannya,sesiapa antara yang masih tercari cari kamera pengganti… inilah masa untuk menilai untuk memiliki racun keluaran Risda ini.Hehehe..

Salam Ramadan…

Click to continue reading “D3 ISO test shot!”

Bercanda di tepi pantai…

September 8, 2008

Minggu nih aku luangkan sikit masa untuk balik kampung orang rumah aku kat Kuala Sg Baru,Melaka.Kalau korang nak tahu kg mertua aku nih selalu Pengarah Rashid Sibir buat lokasi shoot pengambaran cerita2 slot dalam drama TV3  dan boleh dikatakan ramai dikalangan penduduk kg kat sini jadi pelakon tambahan popular(termasuk lah daddy mertua ku..hehehe)Tepi pantai dia ok la boleh tahan..biasanya kalau orang KL nak datang bercuti mmg kat sini la..selain dari PD-mungkin keadaan lokasi dia dekat dgn KL.Byk chelet kat sini,jadi saper2 photog nak shot/lepak contact aku..nanti Insyallah bisa diatur,tada la free..tapi tolong book kan..hehehe.

Model kali ini,tada orang lain…orang umah aku(tgh macam ni pun nak ikut gak..)..hehe..masa aku datang sini anak2 aku tido kat umah atuk dia..


hehe..aku kalau beli kasut tak pernah yg aku saruk elok..ini lah rupanya…

Click to continue reading “Bercanda di tepi pantai…”

First try- product shot.

September 2, 2008

Hari nih aku malas nak kerja,aku ponteng la kiranya.Ntahla,macam hilang mood plak nak kerja.Kerja berlambak kat workshop-tapi aku macam dah hilang minat.Tengahari aku kuar kejap ke Tesco beli keperluan dapor,lepas tuh aku masak la sikit..macam biasa specilitist masak kari ler.Orang rumah biasa la,rilek tak boleh kerja keras sangat.Dah siap masak,rasa lama lagi nak bukak pose.Lepas Asar aku tgk dua dua anak aku terbongkang tido(peluang yg baik,kalau tidak diorang la sebok buat keja sekali) then aku pun capai umbrella,stand,SU800,SB800,reflector,lens micro aku dan macam macam lagi la.Kali ni model aku ..keta model Ferrari(hand-made ni wooo).Mahal ni,limited lagi.Ni la hasilnya yang langusng tak cun,boleh la mengisi masa…tada persediaan langsung sebenarnya.Pikir dan terus buat…hehehe.Gambar semua handheld.Malas nak pasang tripod….



OK,yang nih behind the scene…hue hue hue…

Click to continue reading “First try- product shot.”