Archive for April, 2009

Next photoshoot…

Description…

Lamborghini began developing the Diablo (which translates to “Devil” in English) in 1985 as a replacement for the Countach model, introducing it for sale on January 21, 1990 at a base price of USD $240,000. Power came from a 5.7-litre, 48-valve version of the legendary Lamborghini V12 featuring dual overhead cams and computer-controlled multi-point fuel injection, producing a maximum output of 492 hp (367 kW; 499 PS) and 427 ft·lbf (579 N·m) of torque. The vehicle could reach 60 mph (97 km/h) in slightly over 4 seconds, with a top speed of 202 mph (325 km/h). The Diablo was originally rear-wheel drive and the engine was mid-mounted to aid its weight balance.

Even at over $240,000, the vehicle was somewhat spartan, featuring only basic radio functions (with optional CD playback) along with manual windows, adjustable but unpowered seats and no anti-lock brakes, mostly to minimize the vehicle’s already high curb weight. A few options were available, including having the driver’s seat molded specifically for the buyer, a rear spoiler, a factory fitted luggage set (priced at $2,600) and an exclusive Breguet clock for the dash (priced at $10,500).

Image source from Google Image

Click to continue reading “Lamborghini Diablo coming soon…”

F355 Berlinetta

April 27, 2009

Terima kasih kenkawan kerana sanggup panjat bukit untuk Latih Tubi utk kali ini.Tak byk shot kali ini,nak dipublish mungkin gak pasal tak byk selection.Byk gambar yang tak jadi,angle..composition kelaut.Mungkin tak breakfast kot pagi tu…huhuhuh

Memula kuar keta nih memang gempak abis.Tapi,pada tahun 1999 ..Bila dah kuar 360Modena,tahun-tahun berikutnya F430..Scuderia etc jadi keta nih tenggelam dek arus keluaran produksi keta Ferrari ..F355 dah nak masuk kategory lagenda model-model terdahulunya.Apapun,Ferrari is still Ferrari..

Ramai Ferrari owner yang ada latest model masih mau mencari model F355 ni..walaupun dioarang dah jual,tapi masih mahu memilikinya kembali.Kenapa?Diorang anggap model ni lah yang ada ciri ciri “keFerrariannya” kalau nak dibandingkan dgn model model terkini…

Model nih gak byk mengingatkan aku masa gi training kat Maranello,Italy sekitar penghujung 90an.Dan..masa F355 Challange Series dulu dimana aku secara tak langsung terbabit dalam racing dalam kategory F355 seluruh Asia Pacific.Specs utk F355 Challange nih adalah standard tetapi dibenarkan untuk pengubahsuaian hanya utk suspension,exhaust,steering, cluth dan cooling system sahaja.Engine adalah sama dgn apa yang ada pada F355 standard.Sebelum race,setiap kereta akan diperiksa dan di”seal” unutk memastikan engine tidak diubahsuai.F355 Challange diiktiraf FIA.

Ada gambar masa F355 Challange Series tuh tapi kena scan ler pulak…ye la,zaman felem..hehehe..

Gambar lain akan diupload nanti..Insyallah

Click to continue reading “F355 Berlinetta”

SOLD!

April 24, 2009

Yabeda bedoo…

Hehehe..terjual juga.Payah gak nak jual,semalam tgh malam aku cargas ke Old Town White Coffee kat Taman Maluri ada buyer nak view.Memang mamat tu hardcore MF lens.Otai.

Selepas nego lebih kurang,selepas harga dipersetujui..dana pun dibagi..aku tak terus gerak.Aku pun bukak cerita la..itu la ini la..Ferrari..Bentley.bla..bla ..model terhangat..bla bla Pak Lah,Najib la.bla.bla Fasha Sandha,Keadilan,Umno,Khairy Jamaludin bla bla..Norman Hakim.Memey bla bla…chit chat duniawi sikit la….sekali dia keluarkan dari bag dia dan bagi test Leica M8.2 dan lens Summiricon(betul ke aku eja nih..)…tergamam gak aku.Aku pun test shot sana sini..abih aku shot..mangkuk,garpu,jam dinding,bangla tgh mop lantai ..waitress tgh angkat tray hehehe..then aku tanya berapa harga….hehehe sambil hembuskan asap rokok,selamba dia jawap…”19ribuuuu body jek”….slow jek aku bagi balik camera brader tu ,aku terdiam sambil sedut straw teh o ais limau aku..

Click to continue reading “SOLD!”

New MacBook Pro 17″

April 23, 2009

Product Apple ni memang best.iPhone tu aku teringin gak,tp rasa macam tak sesuai dgn kerja aku nih..Kang org call tengah tukar minyak itam,amacam?susah beb…

MacBook tu takde la aku nak belii(nyedapkan hati..)..cuma idaman kalbu-tgh dok geramm…Built in battery,bley tahan 8 jam wooo.Tak la berat sangat 2.99kg jek.Kalau nak kata berat..beg camera aku masa kat Airport Dublin timbang pun dah 17kg..itu pun aku belasah bawak handcarry..

Gambar,graphics usah dok citer la..

Aku kalau boleh cuba nak hindarkan dari masuk web apple durjana nih..byk racun sungguh..tapi tak bley,musti mau tgk gak..

Hmm..saper nak SONY VAIO aku?

Click to continue reading “New MacBook Pro 17″”

Expired

April 22, 2009

Pukul 4.30 pagi aku bangun hari ni..macam tak bley lena,ada benda aku fikirkan.Tgk live Arsenal dgn Liverpool jap..mata mmg tgk bola tapi kepala melayang pikir benda lain.Tergerak pulak hati aku nak tulis blog.Mungkin pasal masalah blog ni sendiri dicampur tambah dengan benda2 personal lain gamaknya yang buat aku tak lena dan serabut….Aku ada la buat sikit-sikit kerja part time untuk my pocket money,jadi aku banyak fikirkan juga pasal hutang costumer pada aku yang belum dilunaskan.Sakit kepala jika difikirkan jumlahnya jika dihimpun himpunkan..That’s the main thing in my mind actually…tu semua kawan punya hal..agaknya diorang nih tak pikir.Aku ada anakbini nak disuap,ada bill nak disettlekan,keperluan dapur nak dibeli,ada keluarga nak dibawak kesana kemari.Itu semua babitkan wang…

Pasal blog ni pulak….

Asalnya di created oleh seorang kawan,berbayar…sekali lagi,dibayar servicenya.Dah nak genap setahun dah blog aku ni…aku rasa hosting dia pun dah dekat nak expired.Blog ini mungkin akan berpindah.Aku pun malas nak pikir renew ke apa…Disebabkan aku lack pasal bab ni..kenkawan yg terror bab nih ada cadangan?Jgn cerita sini,sms aku…kita ngeteh kat mana2..:-)..Ajar aku mana patut,aku rasa aku tada la bengap sangat nak belajar bende ni kot.Engine Ferrari korang bukak dan leraikan..Insyallah aku boleh pasang satu-persatu..Engine Bentley yang latest tu,yang 99% setting & configuration through computer… aku boleh proggramkan dari tak bole hidup hingga bley jalan macam biasa..statement nih ada angkuh bunyinya tp kenkadang manusia ni kena sedarkan jugak!

Pelik tapi benar,byk kategory kawan…dah 36 tahun aku hidup.macam macam perangai yang aku jumpa.Aku percaya dgn perumpaan Melayu lama tu…Enuff said,kawan ketawa memang ramai…..aku tanak cakap banyak,nanti dosa free pun banyak..Myself also believe between kawan and sahabat ,they’re 2 different words in 2 different  worlds.Mana-mana kitab pun akan tertulis sahabat Rasullalah tak pernah plak aku baca kawan Rasullallah..

For me,I just make it simple….kawan yang repect aku…aku akan respect 10 kali atau mungkin 100kali lebih dari itu…Aku tak suka kawan yang amik advantage dari kebaikan kawan tu sendiri,itu tak elok…What goes around comes around..

Aku nak carik kawan yang ada quality,mencapai tahap ISO dia.Bukan kata aku nak carik kawan kaya je,kawan aku kat kampung Slim River ramai yang menoreh getah ,ramai yang turun sungai tangkap ikan,ramai yang berniaga hasil dari kebun,ramai yang keja ladang estate kelapa sawit ..still kawan aku per…dan aku boleh appriciated diorang…

Kawan yang macam tong kosong tak guna gak…cakap berapi,tapi apa pun tadak…ellllekk…

Lastly,maaf jika entry nih jika ada yang terasa.Simpan lelama pun jiwa parah gak,lebih baik aku luahkan jek.Buat apa nak jaga hati diorang sedangkan hati aku bengkek diorang langsung tak peduli?.Ramai kata aku nih berlembut sangat,tapi ingat..sekali aku dah terkena aku dah tahu hati budi kawan tu…then aku akan pilih betul-betul punya kawan dalam list aku…

Aku Subuh dulu..Insyallah cool lepas tu…

Click to continue reading “Expired”

Ferrari F430

April 20, 2009

Ciao..

Biarlah aku mulakan dulu..tgk ramai yang macam segan2 nak publishkan.Wakaka…Thanks to Latih Tubi members untuk outing kali ini..thanks to make it happened lah..Thanks to model yang cun Shera-walaupun panas terik tp nampak cool jek ,model laki yang segak hensem bergaya ala Romeo Italiano …Sergio Fuad AF..È un bell’uomo con quella è una bella macchina nuova!?hehehe.. dah lama aku tak cakap Italy.Dan thanks to Syah pasal datang kerja hari Ahad,jauh mamat tuh duduk Bukit Beruntung lagi..thanks for coming yaa.dapat duit minyak dah la…wakakaka…gurau bro ek..

Selain mempertajamkan skill potraiture,outing kali nih bermakna bagi aku…at least bley gak kenkawan berkumpul dan mengeratkan silaturrahim,Insyallah..

So next outing..panning shoot dengan Ferrari F355 kuning..mau?

Ciao!

p/s:sekali lagi,saper nak publish..potocop skit reg number plate dia ek..thanks for your cooperation kenkawan DAN sesaper yang terrrrambil GIOTTOS Air Blower aku..contact aku ye..

Click to continue reading “Ferrari F430″

36 tahun dah usiaku…

April 14, 2009

Alhamdulilah,semalam 13hb April genap usia aku 36tahun.Byk pengalaman aku selama aku hidup 36tahun ni..Syukur Alhamdulilah Allah murahkan rezekiku selama ini.Aku bersyukur…dikurniakan dengan anak-anak yang sehat-sehat adanya.Aku selalu berdoa agar anak anak ku nih lah yang akan mendoakan aku kelak.. mudah mudahan doa anak2 yang soleh yang menghindarkan aku  dari seksa  kelak.Banyaknya dosa aku..dosa kat dalam blog nih pun dah byk rasanya..ini kan pula dosa kat luar tuh.Setahun menjangkau usiaku,dunia nih dah macam dekat dan dekat dan dekat jek penghujungnya..Alhamdulliah sekali lagi,kerana Allah sedarkan aku..tak sedar diri payah gak..Itu yang dah tua bangka masuk dangdut tuh..

Nauzubillah…yang hidup mahu tak mahu,sakaratul maut itu pasti..Jadi sebab itu,aku masih gusarkan didikan agama anak2 aku nih,pasal bab2 tuh yang aku kena jawap kelak…mintak Allah tunjukkan dan permudahkan aku untuk handle benda2 tuh..Aku tak banyak harta berkoyan untuk diwasiatkan,cuma aku boleh wasiatkan ilmu agama  yg cetek nih jek…

Aku bersyukur dengan apa yang Dia bagi selama ini.Aku tanak kaya,kerana kaya dunia tuh buat kita lupa.Lupa nak bayar zakat,lupa nak beribadat,lupa nak solat,lupa nak berdoa,lupa nak bersedekah..dan macam2 lupa lagi.Aku tanak keta besar,kerana makin besar keta yang kita bawak makin besar takabbur kita,makin besar riak kita,makin besar angkuh kita,makin besar sombong kita dan makin besar ego kita.Aku alami sendiri benda2 tu…separuh dari hidup aku aku dah bawak hampir semua keta mewah(err ni bukan riak ek)…Ada yang pernah aku miliki sampai berbulan bulan(owner bagi pinjam ler)walaupun bukan milik aku tapi aku rasa dan aku rasai sifat2 tak elok semua tu makin lama makin wujud dalam diri aku ni..Aku tanak jadi kufur nikmat..Biarlah sederhana..sederhana makes everything perfect..

Buat blogger yang baca entry ni sorry ek,ada lain macam skit tulisannya.Entry kali ini ada unsur nasihat..lebihkurang gitu la..Bukan kata nak perli2,Subhannallah TIDAK.Ini aku ingatkan utk diri aku TERUTAMAnya.Asyik duniawi jek..kena ingatkan jugak akhirat .Camera tuh duniawi la…bukan tak bley,kena balance ler…kalau tak bley aku tak terfikirkan D3X…muehehehehehe….

Aku ingatkan  diri aku sendiri,untuk isteriku dan juga untuk anak anakku khususnya dan untuk kekanwan amnya..Ingat 5 perkara,sebelum hadirnya 5 perkara.Yang basic-basic tuh buatlah..

Tak lupa juga..untuk kedua arwah..aku sentiasa doakan kedua orang tua ku agar dihimpunkan kedalam golongan orang2 yang soleh.Aku ketiadaan mak aku seusia aku 10 tahun.Perit rasanya dalam ketika usia aku masa tuh tgh manjakan belaian seorang ibu,tetambah aku anak yang bongsu.Airmata nih saja yang menceritakan segalanya…Beliau kembali kerahmatullah semasa umurnya 46 tahun kerana sakit dalam perut.Kira kategory muda kan?Peristiwa tu jugak mengingatkan aku,mati bukan kira usia.Anytime bro..korang bawak keta balik kerja nanti pun bley eksiden.Peringatan,bukan permintaan…

Blogger diluar sana yang masih ada ibubapa,berbaktilah kepada orang tua korang tu selagi ada hayat mereka..tanpa mereka kita takan ada kat didunia fana ni..

NurNajwa bte Mohd Nazri

Nak masuk 5 tahun.Kuat nyakat adek,pendiam,pemalu.Ada sikit “ketegaq”..

Muhammad Asyraaf bin Mohd Nazri

Nak masuk 3 tahun,mulut pot pet pot pet.Kuat melalak,tak bley kena sikit.Aku pantang pakai selipar,dia dah tercegat kat belakang nak ikut-tak dibawak satu apartment dengar dia menangis.

Muhammad Hazim bin Mohd Nazri

Dah 2 bulan.Berlesung pipit.Nak berdukung jek,letak  musti ada bunyi…

Nurul Ain Bte Sarif

25tahun,surirumah,ini bukan budak…ini mak budak.Pandai masak,tak bley tgk rumah bersepah(laki kuat sepahkan)Understanding,romantic  dan caring :-)

Click to continue reading “36 tahun dah usiaku…”

Lens nih aku nak jual.Saper nak amik la RM1650 boleh runding.Baru dekat RM2k.Aku suka lens nih drpd Nikkor 85mm f1.4 aku tuh,ntah..aku rasa 85mm gambar ada “soft” skit.

Kenkawan yg berminat aku boleh bagi harga bagus la.janji mau CASH ataupun TUNAI . Apa? hutang?bayar bulan2 ala Court Mammoth?tak dapat….aku simpan berkulat pun takpe..

.

Sebab utama nak jual:tak pakai sangat.Dok dalam dry cabinet jek.Aku rasa sejak aku beli tak lebih dari 50 shoot aku pakai….

Click to continue reading “50mm f1.4 Carls Zeiss untuk dijual…(SOLD!)”

Lagi sikap pemandu…

April 11, 2009

Kalau Torot kat blog dia bengang kat driver kat KL ni pasal potong Q dan Asraf pulak bercerita pasal sikap driver Melayu yang hati ada sikit busuk tak mahu maafkan orang…aku lain pulak citernya.Masih lagi berkaitan dengan sikap driver…

Benda nih hampir setipa hari aku kena.Baik aku naik keta mahu pun motor…

Dipendek kan cerita..kalau keluar rumah aku akan melalui satu simpang dimana aku kena tunggu “line clear” baru boleh aku masuk ke jalan utama.Simpang tuh memang tak ada lampu isyarat.Eksiden pun byk kali gak aku dengar..Jadi kena pandai2 la tunggu keta tada baru kuar.Selalunya jalan utama ni memang sibuk la..

Yang aku angin satu badan ni…sikap pemandu yang tak tahu kenapa diorang nih PAYAH betul nak disiplinkan diri.Banyak kali aku kena..pasal sebiji keta aku kena tunggu  malaun ni, padahal dia nak belok kekiri.Pasal apa aku tunggu?Pasalnya dia tak bagi signal, aku dok ingat dia nak jalan straight.Rupa2nya dgn selambanya dia belok kiri..tak menyirap ke?Kena pulak aku tunggu tuh apek tua bawak keta Datsun 120Y yang body belubang merata.Apek tuh pulak pakai spek mata yang tebal tuh..bunyi ekzos plak bunyi engine misfiring jek,3 selinder jalan..itu contoh la.Korang bley imagine tak?Apalah salah dan apalah beratnya kalau bagi signal…rugi ke?

Takdelah kes ni berat,tapi aku rasa untuk keselamatan dia gak.Mana tahu mamat bawak motor dok celah belah kiri dia masa dia membelok tanpa bagi signal.Tak ke naya..

Kalau aku sendiri,kalau aku nak masuk satu satu simpang biar aku bagi signal sebatu lagi..takpe..

Click to continue reading “Lagi sikap pemandu…”

Malaysian GP 2009

April 6, 2009

Last aku pergi GP ni 4 tahun lepas.Dah lama tak pergi jadi ada sikit excited,tetambah ada Torot atleast ada member yg boleh shoot sesama.

Aku lebih prefer kalau tgk F1 nih dalam TV,semua corner boleh tgk.Hehehe..

Drpd awal aku dah agak jalan mmg jem giler.Parking satu hal…dapat parking bawah kelapa sawit.Time tuh hujan lebat pulak,tanah memang berlecak.Aku pulak mmg dapat parking yg agak senget berbukit skit kedudukannya.Time parking tuh aku dah terfikir…kalau ujan lebat lagi ni masak aku ni.Silap2 tayar je berpusing,keta dok kat situ jek..memang betul jadik.Aku tgk mamat yg parking kat keliling aku dah tunggu tow truck utk tarik keta depa.Alhamdulilah,menggunakan kepakaran yg ada aku selamat kuar..tapi keta usah cerita la..penuh lumpur.Cuma yg clear kat windscreen jek pasal aku pakai wiper.

Time aku tgh beratur kat toll.orang kirikanan aku pakat ketawa jek..aku peduli apa,janji sampai umah…muehehehe…

Click to continue reading “Malaysian GP 2009″