Ibu,Ummi,mama….
May 10, 2009Hari Ibu…pada aku hari ibu adalah hari-hari.Tada hari specific utk hari ibu,hari hari adalah hari ibu.Kalau korang tengok kat sini lain negara lain hari ibunya.Tada agama yang menidakkan pengorbanan ibu,kalau ada cuba bagitau aku..
Seperti yang semua tahu,ibu dan bapa ku dah kembali kerahmatullah.Aku selalu doakan agar roh beliau dihimpunkan kedalam golongan orang yang soleh.Ampun kan dosa mereka ya Allah semasa hayat mereka ya Allah.Sayangi mereka,lindungi mereka ya Allah sepertimana mereka menyanyangi aku sedari kecil.Hindari mereka ya Allah dari seksa-seksa Mu,himpunkan kedalam golongan orang yang soleh,para para sahabat,para ambia.Sesungguhnya Engkaulah yang maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin…
9 bulan dia mengandungkan kita ,masa melahirkan sudah tentu mana-mana ibu akan mempataruhkan nyawa mereka .Selepas lahir,kita dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Berak kencing dijaga.Dia sekolahkan kita sampai keUniversity,kalau nak sambung belajar tinggi lagi dia biayai kos belajar kita tuh walau beribu ringgit sekali pun.Yang memang dah sedia kaya tuh aku tak heran la…yang duduk kat pondok usang tu?Ibu dah spent banyak duit untuk belajar University oversea,yang dah jadik doctor alhamdulilah yang jadi doctor sendiri..masyAllah..
Sungguh besar pengorbanan ibu..tapi yang aku peliknya,dalam suratkhabar ada pulak yang tendang teranjang ibu.Sampai mintak duit,tak dibagi dihunus pisau kat lehernya ,mana pegi kewarasan akal diorang nih.Selalu gak aku dengar ayat ni..”kecik kecik tanak mampus,dah besar menyusahkan orang..”.ada benarnya statement ni..
Rasullalah pernah ditanya oleh seorang sahabat.Baginda menyebut 3 kali nama ibu kemudian barulah bapa.Ini menunjukkkan pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya.Ibu always comes first.Tapi ada gak yang bagi kat umah orang tua tua,tak boleh nak jaga ibu yang sorang tuh!
Korang fikirkan,jika ibu tak wujud korang ada tak muka bumi ni?Pengorbanan dan jasa ibu ni tak terbalas walau berlonggok emas ,berjuta ringgit sekali pun.Seorang ibu hanya perlukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang anak.Basically,bukan wang ringgit yg ibu nih pandang.Korang balik kekampung tiap-tiap bulan then korang bagi RM50 contohnya…aku percaya ibu akan hargai macam kita bagi dia RM500,tak percaya tanya laa.The things is,kita balik kampung itu menunjukkan kita ingat dia..then bila kita hulur duit tuh dia dah menganggap kita kenang jasa dia..Ini sebagai contoh,bukan aku suruh korang bagi RM50 jek..the more the better lah..
Hidup ibarat roda,ada article yang aku baca jika sesorang itu kurang ajar,biadap,maki hamun atau sebagainya kepada ibunya…nescaya 99% possibility anak-anaknya kelak akan buat seperti apa yang anda telah buat pada ibu anda.Itu balasan dosa kat dunia Allah nak tunjuk,kat akhirat?Allahua Maha Adil…Renung-renungkan kenkawan.
Kesimpulannya..kepada yang masih ada ibu diluar sana..berbaktilah kepada ibu anda.Esok dah terpejam matanya,baru nak sesal itu dan ini.Redha Allah itu datang dari redha seorang ibu.korang fikirkan apa yang korang buat jika tidak dari keredaan ibu..automatically Allah takan redha.Biar la korang kebulan sekalipun kalau tada keradaan bagai hidup kosong,tada kerahmatan.Itu yang gaji walau RM20k sebulan pun tak cukup cukup..ada jek short..itu salah satu tempias tak redha la.Tak berkat!
.
ini ibu dan bapa mertuaku walaupun aku hanya menantu,diorang threat aku macam anak kandung sendiri,alhamdulilah
mak aku slalu pesan,hadiah n pemberian paling besar buat mak adalah bl tgok anak2 die bahagia n tak lupekan diorg..tu pun dah ckup..kdg2 aku rase blik kg sbulan skli pun aku rs berslh..sbb dlm sbulan 1,2 hari je tok aku jenguk org tue aku..cube kite pk,ckup ke hayat yg ade ni tok kite tebus slh2 kite pd diorg?apelg tok bls ape yg diorg dah buat pd kite..takkan terbalas..thanks beb for sharing..huuh..
selamat ari ibu
thanks bro for this posting….. ya betol… hari ibu adalah hari hari…. bukan pasaraya hari hari tau….. tapi setiap hari kita patut ingat jasa ibu kita….. tenkiu my fren….
thanks guys fr your kind comments..:-)
Al-Fatihah pada yg dah tiada
Twitt Twitt


May 10th, 2009
8:00 pm
ibu dan bapa lah asal kita.. takde sape ckp pengorbanan ibu bapa tu tak bermakna.. kalau ada tu.. elok pukul je huhu