Mati
August 14, 2009Banyak sangat kematian sejak kebalakangan ni.Baru Jumaat lepas,aku terima panggilan dari kampung aku di Slim River,kematian isteri jiran aku.Dulu keluarga diorang nih dah rapat sangat dgn keluarga kami,dah lebih dah macam ada talian saudara.Arwah orang tua aku kalau menoreh getah,memang ditinggalkan aku kat jiran aku nih.Alhamdulilah,aku sempat gak menziarah sampai jenazah dikebumikan.
Kemudiannya,hari Isnin berikutnya selepas aku hantar kereta costumer aku kat Bukit Jalil (pergi berdua dgn kawan aku)aku pun hantar rakan aku ni balik kerumah nya.Sesampai saja kerumah,berita mengejutkan..ayah telah pengsan tiba2 dan telah dihantar ke Hospital Selayang,bila sampai jek kat hospital kawan aku nih diberitahu ayahnya telah meninggal dunia.Pada usia baru nak pencen kenkadang saper pun tak duga.Padahal baru pagi hari tersebut arwah hantar kawan aku nih ke bengkel..
Dan semalam,semua orang pun dah tahu.Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia.Aku sebenarnya one of the ustaz fan masa beliau masih dalam Al Arqam lagi.(dulu aku ex Arqam)Bila dia azan.masyallah.Berdiri bulu roma ku..Ada ketika tuh,bila beliau azan di radio atau dalam TV aku boleh duduk sekejap menghayati.Allah sayangkan dia.Orang baik baik nih macam gitula..cepat jek.Macam kita nih selalunya Allah lanjutkan usia,bagi taubat betul betul..ye la,dah menimbun dosa.Subhanallah.
Moralnya:maut itu pasti.Tak kira saper.Lawyer,ahli muzik,menteri,Sultan atau agung,pomen,anda pro PAS,anda pro UMNO…maut konfem.Aku bila ziarah orang kebumi ,bila dia nak di kebumi timbul satu kesedaran,timbul satu insaf yang hidup nih cuma sementara.Insaf bila tengok liang lahad tuh betul betul sempit.Ngam ngam satu body.Aku boleh rasakan bila tanah ditimbus macamana punya gelap dalam tu..sorang pulak.Setiap kali ditalqin masa tu jugak aku terfikir..banyaknya dosa..Kalaulah Allah tarik nyawa bila mana aku tak sempat taubat..Masyallah..subhanalllah..
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatulmaut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi bersabda, maksudnya :
“ Bahawa Rasulullah saw mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkan dahaganya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya :-
Sebelum tidur :
1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.
3) Membaca Tasbih
Amalan Harian :
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardhu
3) Menghormati waktu azan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi :
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Buang air kecil berdiri -
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :-
“Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
Mau atau tidak,setiap insan akan hadapi situasi..MATI.Anda yang baca blog ni pun akan mati,tidak boleh tidak…Jangan terlalu cinta sangat dunia ni…
Korang pikirkan,perjalanan hidup kita ni sekejap jek.Memang sekejap jek,aku rasa baru semalam jek aku baru habih form 5 aku…tup tup sekarang dah menjangkau 36..then pejam celik pejam celik dah 40(itu pun kalau umur panjang).
Jangan kata …ala aku muda lagi…mati tak kira usia.Ditambah dgn wabak2 sekarang nih yang sememangnya Allah nak uji.Setiap yang Allah bagi tu ada hikmah dia,hikmah kecik manusia pandang remeh…yang nih dugaan besar H1N1..haaaa,lu pikir la sendiri..
Seksa Allah memang dasyat.Aku bukan pendakwah bebas,jadi aku tak pandai sangat nak mengarang pasal agama ni…jadi aku copy and paste…moga jadi iktibar untuk aku dan kawan bloggers..
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
============ ========= ========= ========= ========= ========
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail”.
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
“Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengumpulkan
dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua’lam.
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
———— ——— ——— ——— ——— —
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga
berselisih
tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu
berkata:
“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh.”
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
CUAI SOLAT LIMA WAKTU
———— ——— ——— ——— –
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan
mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.
PEMINUM ARAK
———— ——— —-
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah
suara yang menyeru,”Inilah si polan anak si polan!” Tatkala semua
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.
MENGKIANATI HARTA
———— ——— ——— —–
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan
benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa
terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai..
Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu..
AZAB BAGI YANG KEDEKUT
———— ——— ——— ——— —-
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.
SAKSI BOHONG
———— ——— —
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
MENGUMPAT
———— ———
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting
hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti
anak panah yang tajam-tajam.. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut..
Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap
ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.
———— ——— ——— ——— ——— —-
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang
ingkar..
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa
dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa
yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau
dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.
Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahua’lam.
Twitt Twitt

